Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Rumah Ru’RASA Fasa 2 di Cameron Highlands, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan dalam membantu golongan memerlukan memiliki kediaman yang selesa melalui inisiatif Ru’RASA.
LPHP telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad bagi membincangkan isu pembiayaan pinjaman peserta Rumah Pahang Sungai Retang, sebagai usaha memperkukuh akses pembiayaan perumahan mampu milik kepada rakyat Pahang.
LPHP telah menganjurkan Kursus Imej Keterampilan Profesional melibatkan semua kakitangan sebagai usaha memperkukuh penampilan, etika dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta pihak berkepentingan.
Dua program berkaitan perumahan dan kebajikan rakyat telah dilaksanakan di Daerah Kuantan, melibatkan Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mesra Rakyat serta Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 Tahun 2026, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan dan sokongan LPHP terhadap kesejahteraan masyarakat.
LPHP telah mengadakan kunjungan hormat ke UNIPSAS bagi memperkukuh hubungan serta meneroka potensi kolaborasi strategik dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti di Negeri Pahang.
LPHP telah mengadakan sesi perbincangan bersama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP) bagi memperkukuh akses pembiayaan perumahan dan meneroka kerjasama strategik dalam membantu lebih ramai rakyat Pahang memiliki kediaman sendiri.
LPHP telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Penyelesaian Isu Perumahan Makmur Kampung Tiram, Kuantan sebagai platform penjelasan dan perbincangan terbuka bersama pembeli, bagi menangani isu projek secara telus dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang.
Majlis Penyerahan Pemilikan dan Kunci PR1MA Pahang di Daerah Kuantan telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam merealisasikan pemilikan rumah mampu milik dan kesejahteraan rakyat.
Hari Majlis Daerah Cameron Highlands Bersama Pelanggan (HMBP) 2026 menjadi platform interaksi langsung antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat melalui sesi town hall dan pameran agensi, dengan penyertaan LPHP dalam menyampaikan maklumat skim perumahan kepada orang ramai.
Program Sentuhan Rakyat Makmur 2026 Peringkat Daerah Maran menghimpunkan pimpinan negeri dan jabatan kerajaan melalui aktiviti turun padang, ziarah kasih serta sesi town hall bersama penduduk, dengan penglibatan aktif LPHP dalam menyokong inisiatif mendekati rakyat di peringkat akar umbi.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian