LPHP telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perumahan Negara (JPN) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa agenda pembangunan perumahan.
YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 02/2026 yang membincangkan pelbagai agenda berkaitan tadbir urus organisasi, pembangunan perumahan dan pengurusan hartanah di Negeri Pahang.
YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada 25 penerima bagi DUN Padang Tengku, Cheka dan Benta sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada rakyat
LPHP telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri (Kelakuan dan Tatatertib) Pahang 2015 bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai pematuhan tatakelakuan, integriti dan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam.
LPHP telah menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Strategik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 2026–2030, Portal GIS dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh tadbir urus, pembangunan mampan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Majlis Penyerahan Projek Siap PPR Inderapura menyaksikan penyerahan rasmi projek daripada KPKT kepada LPHP bagi memastikan kemudahan kediaman yang lebih selesa dan kondusif kepada penduduk.
PHP telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Taklimat Projek Rumah Mesra Pahang (RMP) kepada lima orang penerima yang layak bagi memberi penerangan mengenai proses pelaksanaan projek serta pemilikan rumah.
LPHP telah mengadakan Kursus Tatacara Penyediaan Dokumen bagi Perolehan Tender Secara Reka dan Bina bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai pengurusan perolehan mengikut prosedur yang ditetapkan.
LPHP telah mengadakan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management - CRM) bagi memperkukuh amalan tadbir urus, integriti dan pengurusan risiko rasuah dalam organisasi.
LPHP telah mengadakan Taklimat Penggunaan Sistem ePerumahan kepada wakil pemaju bagi memberi penerangan mengenai penggunaan sistem dalam pelaksanaan pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian