Berita
 
Satu sesi libat urus dua hala telah diadakan bersama wakil pembeli dan pihak pembiaya bagi membincangkan bantuan serta penyelarasan berkaitan projek perumahan LPHP yang mengalami kelewatan penyiapan. Sesi ini bertujuan memastikan kebajikan pembeli terus terpelihara melalui pelbagai inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh pihak pembiaya.
  • 08/05/2026
  • 37 klik
 
LPHP telah mengadakan kunjungan hormat ke JPPH Negeri Pahang bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan projek perumahan dan hartanah di Negeri Pahang.
  • 29/04/2026
  • 41 klik
 
Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan semula dan kerja baik pulih SPKR Taman Jaya Diri, Chenor, melibatkan penyelarasan bersama pemaju dan agensi teknikal.
  • 28/04/2026
  • 53 klik
 
Seramai 102 penerima telah menerima kunci rumah PR1MA Pahang Pinggiran Pelangi Fasa 1 dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang di Muadzam Shah. Majlis turut menyaksikan pelancaran projek baharu PR1MA Pahang Muadzam Shah sebagai sebahagian usaha berterusan pembangunan perumahan negeri.
  • 27/04/2026
  • 53 klik
 
Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan PR1MA Pahang dan pembangunan bercampur, melibatkan perancangan awal serta penyelarasan antara agensi. Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan yang teratur, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat.
  • 21/04/2026
  • 43 klik
 
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan status pelaksanaan projek perumahan serta langkah pemantauan dan penambahbaikan di Negeri Pahang. Perbincangan turut melibatkan penyelarasan antara agensi, pemantauan projek semasa serta tindakan lanjut terhadap pemaju bagi memastikan kelancaran pelaksanaan.
  • 20/04/2026
  • 33 klik
 
LPHP telah menyertai program Ziarah Makmur di Kuantan dengan menyantuni sembilan keluarga serta menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.
  • 17/04/2026
  • 38 klik
 
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Sri Kemuning, Temerloh, melibatkan aspek teknikal serta penyelarasan antara agensi.
  • 16/04/2026
  • 38 klik
 
Satu lawatan tapak telah diadakan bersempena Jelajah Aspirasi Pahang 1st bagi meninjau keadaan semasa serta isu teknikal projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Sungai Paha, Muadzam Shah.
  • 15/04/2026
  • 32 klik
 
Satu mesyuarat bersama pihak pembiaya termasuk RISDA dan LPPSA telah diadakan bagi membincangkan hala tuju serta penyelarasan komitmen dalam projek perumahan LPHP, khususnya berkaitan pengurusan kewangan dan ansuran peserta.
  • 14/04/2026
  • 29 klik
205 rekod
 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my