Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DUN Lanchang

Satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi DUN Lanchang di Daerah Raub telah diadakan, melibatkan sebanyak tiga (3) buah rumah dengan nilai keseluruhan RM231,000.
Kesemua penerima telah menerima kunci rumah masing-masing yang disampaikan oleh YH. Dato’ Ridzuan Hazimin bin Ramli, Penyelaras Dewan Negeri (DN) Lanchang.

Setiap penerima menerima sebuah rumah bernilai RM75,000 serta sumbangan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000 sebagai pelengkap keperluan asas kediaman.

Bagi pelaksanaan RRP Fasa 6, kos pembinaan rumah dinaikkan kepada RM80,000 seunit. Pelaksanaan program yang memasuki tahun kelima ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti, selesa dan selamat didiami.
Semoga kediaman yang diserahkan ini dapat membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.