Latar belakang
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) ditubuhkan pada 1 Januari 2022 melalui Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 yang diwartakan pada 18 November 2021.
Fungsi
Antara fungsi LPHP adalah:
  • untuk menggalak, memudah cara, menyelaras, mengurus, mengawal selia dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah, termasuk menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai;
  • untuk memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah secara amnya dan pemajuan perumahan awam dan rumah mampu milik secara khasnya;
  • untuk merancang, membangun, mempromosi, melaksana dan menggalakkan pemajuan, pelaksanaan penyewaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah;
  • untuk menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri;
  • untuk menyediakan maklumat dan menjadi pusat sumber rujukan berkenaan perumahan dan hartanah di Negeri Pahang;
 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selasa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2024
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my