Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Pinggiran Pelangi dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Muadzam Shah, Daerah Rompin

  • Diterbitkan pada 27/04/2026
  • 05 klik

Seramai 102 orang penerima bagi Fasa 1 PR1MA Pahang Pinggiran Pelangi telah menerima kunci rumah masing-masing daripada keseluruhan 112 unit kediaman yang dibangunkan dengan nilai keseluruhan RM16.8 juta.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, dan diadakan di Perkarangan PR1MA Pahang Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah.

 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang; YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang; YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang; serta YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Pada majlis sama, turut berlangsung Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Muadzam Shah, iaitu satu projek pembangunan baharu di atas tanah kerajaan seluas 50 ekar yang bakal merangkumi pembangunan perumahan mampu milik serta pembangunan bercampur, selari dengan perancangan pembangunan jangka panjang negeri.

Sehingga kini, sebanyak 191 projek perumahan melibatkan 51,088 unit rumah telah diluluskan pembinaannya di seluruh Negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut, 9,057 unit rumah telah siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima rumah. Jagalah kediaman yang dimiliki dengan sebaiknya agar menjadi tempat berteduh yang membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat seisi keluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my