Program Ibadah Korban anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) LPHP telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Permatang Pauh, Pekan, melibatkan penyertaan aktif warga kerja LPHP bersama komuniti setempat.
YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada 25 penerima bagi DUN Padang Tengku, Cheka dan Benta sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada rakyat
LPHP telah mengadakan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management - CRM) bagi memperkukuh amalan tadbir urus, integriti dan pengurusan risiko rasuah dalam organisasi.
Majlis Penyerahan Projek Siap PPR Inderapura menyaksikan penyerahan rasmi projek daripada KPKT kepada LPHP bagi memastikan kemudahan kediaman yang lebih selesa dan kondusif kepada penduduk.
LPHP telah mengadakan Kursus Tatacara Penyediaan Dokumen bagi Perolehan Tender Secara Reka dan Bina bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai pengurusan perolehan mengikut prosedur yang ditetapkan.
LPHP telah menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Strategik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 2026–2030, Portal GIS dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh tadbir urus, pembangunan mampan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
PHP telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Taklimat Projek Rumah Mesra Pahang (RMP) kepada lima orang penerima yang layak bagi memberi penerangan mengenai proses pelaksanaan projek serta pemilikan rumah.
LPHP telah mengadakan sesi perkongsian maklumat bersama KWSP bagi memberi pendedahan mengenai kemudahan yang disediakan kepada ahli, perancangan kewangan serta pengeluaran simpanan untuk tujuan perumahan.
LPHP telah mengadakan sesi taklimat perumahan kepada penghulu-penghulu mukim dan Pengerusi JPKK sempena Mesyuarat Penyelarasan Mukim Gabungan DUN Chini bagi berkongsi maklumat mengenai skim serta inisiatif perumahan yang ditawarkan.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian