Taklimat Permohonan Dalam Talian Bagi Skim Program Residensi Rakyat (PRR) Kampung Bongsu, Lanchang

  • Diterbitkan pada 11/05/2026
  • 22 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Taklimat Permohonan Dalam Talian bagi Skim Program Residensi Rakyat (PRR) Kampung Bongsu, Lanchang, di Temerloh.

 

Pengisian program merangkumi taklimat berkaitan Skim PRR, penerangan syarat-syarat kelayakan, proses permohonan secara dalam talian serta bantuan pendaftaran permohonan kepada penduduk yang memerlukan.

Turut hadir dalam program ini ialah wakil-wakil JKKK Kampung Bongsu bagi membantu melancarkan pelaksanaan program.

 

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak positif kepada penduduk setempat, khususnya dalam meningkatkan kefahaman serta akses penduduk terhadap permohonan perumahan di bawah skim PRR.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my