Kunjungan Hormat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) Ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

  • Diterbitkan pada 29/04/2026
  • 05 klik

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Penilaian Negeri Pahang, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, dan telah disambut oleh Sr Norlinda binti Daim, Pengarah Penilaian Negeri Pahang; serta Sr Nik Ariff bin Long Dir, Penilai Daerah Kuantan.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama strategik, khususnya dalam menyokong dan memperkasa pembangunan projek-projek berkaitan perumahan dan hartanah di Negeri Pahang.

 

LPHP menghargai ruang pertemuan yang diberikan dan berharap hubungan baik ini dapat terus diperkukuh demi manfaat bersama serta kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my