Mesyuarat Bagi Cadangan Pembangunan Semula Dan Membaikpulih Projek Skim Perumahan Kos Rendah (SPKR) Taman Jaya Diri, Mukim Chenor

  • Diterbitkan pada 28/04/2026
  • 05 klik

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan semula dan kerja-kerja membaik pulih projek Skim Perumahan Kos Rendah (SPKR) Taman Jaya Diri, Mukim Chenor.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) serta turut dihadiri oleh pihak pemaju dan agensi teknikal berkaitan bagi membincangkan serta menyelaras isu-isu pelaksanaan projek.

Perbincangan tertumpu kepada perancangan pemulihan, penyelarasan teknikal serta tindakan susulan yang perlu diambil bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

LPHP akan terus berusaha dalam memantau serta menyelaras pelaksanaan projek dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap inisiatif perumahan dapat memberi manfaat kepada rakyat serta dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my