Kunjungan Hormat dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) ke Construction Industry Development Board (CIDB) Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 28/05/2026
  • 54 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Construction Industry Development Board (CIDB) Negeri Pahang.

 

LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP yang telah mengadakan pertemuan bersama Encik Nur Iskandar Bin Zulkefli Pengarah CIDB Negeri Pahang.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai potensi kolaborasi strategik antara LPHP dan CIDB, khususnya dalam menyokong pembangunan perumahan serta kesejahteraan komuniti di Negeri Pahang.

 

LPHP menghargai ruang pertemuan ini dan berharap hubungan baik antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan demi manfaat bersama.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my