Sesi Libat Urus Dua Hala Bersama Wakil Pembeli Dan Pihak Pembiaya Bagi Skim Perumahan Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 08/05/2026
  • 04 klik

Satu sesi libat urus dua hala telah diadakan bersama wakil pembeli dan pihak pembiaya bagi projek perumahan di bawah skim Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

 

Sesi libat urus ini membabitkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), serta pihak pembiaya lain yang berkaitan bagi membincangkan langkah penyelarasan dan bantuan bersesuaian kepada pembeli yang terkesan dengan kelewatan penyiapan projek perumahan.

Empat projek tersebut ialah projek Rumah Makmur Kampung Tiram, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Kampung Lebu, Rumah Pahang Felda Jengka 11 dan Rumah Pahang di Felda Sungai Retang.

 

Justeru, sesi ini bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak pembiaya dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan pembeli, di samping memastikan kebajikan dan kepentingan mereka terus diberi perhatian.

Setiap pihak pembiaya turut menawarkan beberapa inisiatif yang berbeza mengikut kesesuaian, antaranya penjadualan semula ansuran bulanan dan pengurangan bayaran ansuran bulanan serta bentuk bantuan lain yang berkaitan.

 

Taklimat ini dipengerusikan oleh Puan Norzana binti Mohamed Noordin, Pengurus Undang-Undang LPHP. Turut hadir YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama pegawai-pegawai LPHP serta wakil pihak pembiaya bagi memberikan penerangan dan penjelasan lanjut kepada para wakil pembeli.

LPHP akan terus berusaha dalam melaksanakan pemantauan dan penyelarasan bersama semua pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan pembeli terus terpelihara serta penyampaian maklumat berkaitan perkembangan projek dapat dilaksanakan secara berterusan dan teratur.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my