LPHP telah menyertai Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera yang merangkumi Aktiviti Ziarah Makmur, penyampaian bakul makanan kepada golongan memerlukan serta sesi town hall bersama masyarakat.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada dua penerima di Kampung Salong, Pekan.
LPHP telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membincangkan pelaksanaan program perumahan rakyat serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
LPHP telah mengadakan sesi perkongsian maklumat bersama KWSP bagi memberi pendedahan mengenai kemudahan yang disediakan kepada ahli, perancangan kewangan serta pengeluaran simpanan untuk tujuan perumahan.
LPHP telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan di Bawah Skim Perumahan Negeri Pahang Bil. 09/2026 bagi membincangkan perkembangan dan penyelarasan pelaksanaan beberapa projek perumahan di seluruh negeri.
LPHP telah mengadakan sesi taklimat perumahan kepada penghulu-penghulu mukim dan Pengerusi JPKK sempena Mesyuarat Penyelarasan Mukim Gabungan DUN Chini bagi berkongsi maklumat mengenai skim serta inisiatif perumahan yang ditawarkan.
Program Ibadah Korban anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) LPHP telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Permatang Pauh, Pekan, melibatkan penyertaan aktif warga kerja LPHP bersama komuniti setempat.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian