Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Dun Kuala Semantan

Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DN Kuala Semantan telah diadakan melibatkan penyerahan dua unit rumah kepada penerima di Kampung Tanjung Besar dan Kampung Paya Luas di Temerloh.
Penyerahan telah disampaikan oleh YH Encik Mohd Azly bin Dato’ Indera Haji Norzan, Penyelaras Dewan Negeri (DN) Kuala Semantan.

Setiap unit rumah melibatkan kos pembinaan sebanyak RM75,000 berserta tambahan RM2,000 bagi perabot rumah dan peralatan elektrik untuk kegunaan penerima.
Semoga kediaman yang disediakan ini dapat memberi keselesaan serta menjadi permulaan kehidupan yang lebih baik buat para penerima dan keluarga.