Program Ibadah Korban KSK LPHP Semarak Semangat Kebersamaan dan Ukhuwah

  • Diterbitkan pada 28/05/2026
  • 12 klik

Program Ibadah Korban anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah diadakan dalam penuh keberkatan di Masjid Permatang Pauh, Pekan.

 

Seramai enam (6) orang ahli KSK terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penyembelihan dan melapah, manakala tujuh (7) orang kakitangan LPHP menyertai bahagian korban lembu KSK sebagai simbol kebersamaan, keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja LPHP.

Turut hadir YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP; Ustaz Nasrul Hakim bin Mat Daud, Pengurus MUIP Cawangan Daerah Pekan yang mengetuai acara penyembelihan; serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Permatang Pauh, Pekan.

Ibadah korban dan sesi gotong-royong yang dijalankan bersama komuniti setempat mencerminkan semangat ukhuwah, kesyukuran dan kerjasama erat antara warga LPHP dan masyarakat.

 

Alhamdulillah, semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta hubungan silaturahim terus diperkukuh demi manfaat bersama.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my