Kunjungan Hormat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Ke Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP)

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membincangkan pelaksanaan program-program perumahan rakyat serta berkongsi maklumat berkaitan projek perumahan di bawah kendalian LPHP.

Kunjungan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kerjasama strategik antara KKDW dan LPHP dalam usaha memperkasa agenda perumahan rakyat demi kesejahteraan masyarakat.

Delegasi KKDW juga berkesempatan mengadakan lawatan ke beberapa projek perumahan di bawah pelaksanaan LPHP bagi meninjau perkembangan semasa serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai pelaksanaan inisiatif perumahan rakyat di Negeri Pahang.