LPHP Sampaikan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidiladha 2026

Alhamdulillah, telah selesai penyerahan sumbangan lembu korban sempena Aidiladha 2026 yang melibatkan empat (4) daerah iaitu Pekan, Lipis, Cameron Highlands dan Raub.
Sebanyak enam (6) ekor lembu telah disumbangkan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam membantu masyarakat setempat.

Penyerahan sumbangan ini telah diwakili oleh kakitangan LPHP di enam (6) lokasi terlibat, iaitu Masjid Kayangan Brinchang, Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Masjid Kampung Bapong, Masjid Kampung Tanjung Jambu, Surau SPKA Batu Talam dan Masjid Bandar 2.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.