LPHP Anjur Taklimat Perluasan Perlindungan Skim Lindung 24 Jam PERKESO

Satu taklimat berkaitan Perluasan Perlindungan Skim Lindung 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada warga kerja Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran kakitangan mengenai perluasan perlindungan Skim Lindung 24 Jam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, termasuk skop perlindungan, faedah yang disediakan serta tatacara tuntutan di bawah skim berkenaan.

Melalui sesi ini, warga kerja LPHP berpeluang mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak PERKESO bagi memastikan manfaat yang disediakan dapat difahami dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.