Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Di Bawah Skim Perumahan Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 10/06/2026
  • 14 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang Bil. 09/2026 di Bilik Mesyuarat LPHP, Menara Teruntum, Kuantan.

Mesyuarat ini membincangkan penyelarasan, perkembangan serta pelaksanaan beberapa cadangan projek perumahan melibatkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Rumah Makmur dan pembangunan bercampur di beberapa daerah termasuk Kuantan, Rompin, Maran, Lipis, Bentong dan Cameron Highlands.

Turut dibincangkan ialah isu-isu teknikal serta keperluan penyelarasan bersama pemaju, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara terancang serta mematuhi keperluan pembangunan yang ditetapkan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my