Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Berkenan Sempurnakan Majlis Penyerahan Rumah YASA di Kampung Salong

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Kampung Salong, Pekan.
Pada majlis itu, Paduka Baginda telah mengurniakan rumah kurniaan YASA kepada Encik Mohd Najib bin Mohd Salim dan Puan Rokiah binti Harun.

Paduka Baginda turut berkenan melawat salah sebuah rumah kurniaan YASA dan beramah mesra bersama penduduk setempat sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Daulat Tuanku