LPHP telah mengadakan kunjungan hormat ke CIDB Negeri Pahang bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam pembangunan perumahan dan kesejahteraan komuniti di Negeri Pahang.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi DUN Lanchang telah diadakan melibatkan tiga (3) buah rumah kepada penerima terpilih di Daerah Raub. Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada rakyat.
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang (JKPNP) Bil. 01/2026 telah diadakan bagi membincangkan serta menyelaras agenda dan pelaksanaan inisiatif perumahan negeri secara teratur dan berkesan.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 DUN Kerdau Tahun 2026 telah berlangsung melibatkan beberapa lokasi pembangunan perumahan.
LPHP telah mengadakan Taklimat Permohonan Dalam Talian bagi Skim Program Residensi Rakyat (PRR) Kampung Bongsu, Lanchang bagi memberi penerangan berkaitan syarat kelayakan dan proses permohonan kepada penduduk setempat.
Satu sesi libat urus dua hala telah diadakan bersama wakil pembeli dan pihak pembiaya bagi membincangkan bantuan serta penyelarasan berkaitan projek perumahan LPHP yang mengalami kelewatan penyiapan. Sesi ini bertujuan memastikan kebajikan pembeli terus terpelihara melalui pelbagai inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh pihak pembiaya.
LPHP telah mengadakan kunjungan hormat ke JPPH Negeri Pahang bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan projek perumahan dan hartanah di Negeri Pahang.
Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan semula dan kerja baik pulih SPKR Taman Jaya Diri, Chenor, melibatkan penyelarasan bersama pemaju dan agensi teknikal.
Seramai 102 penerima telah menerima kunci rumah PR1MA Pahang Pinggiran Pelangi Fasa 1 dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang di Muadzam Shah. Majlis turut menyaksikan pelancaran projek baharu PR1MA Pahang Muadzam Shah sebagai sebahagian usaha berterusan pembangunan perumahan negeri.
Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan PR1MA Pahang dan pembangunan bercampur, melibatkan perancangan awal serta penyelarasan antara agensi. Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan yang teratur, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian