96 Penerima Terima Kunci PR1MA Pahang Kampung Gadak (Fasa 3), Lancar Dua Projek Perumahan Baharu

  • Diterbitkan pada 23/07/2026
  • 21 klik

Seramai 96 penerima telah menerima kunci rumah masing-masing pada Majlis Penyerahan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Kampung Gadak (Fasa 3) dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pelangi Jaya (Fasa 1A) serta PR1MA Pahang Muadzam Shah (Fasa 1) Daerah Rompin yang disempurnakan oleh wakil rasmi YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang iaitu YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff di PR1MA Pahang Kampung Gadak, Mukim Keratong, Rompin.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri Pahang turut melancarkan dua projek perumahan baharu iaitu PR1MA Pahang Pelangi Jaya (Fasa 1A) yang menawarkan 54 unit kediaman serta PR1MA Pahang Muadzam Shah (Fasa 1) yang melibatkan pembinaan 40 unit kediaman. Kedua-dua projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan penyediaan Rumah Mampu Milik kepada rakyat, khususnya di daerah Rompin.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Ahli Dewan Negeri Muadzam Shah, serta YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Majlis ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuhkan agenda perumahan rakyat serta merealisasikan aspirasi Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera demi manfaat seluruh rakyat Negeri Pahang.

 

Tahniah kepada semua penerima kunci. Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat berteduh yang penuh dengan kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan serta menjadi asas kepada kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti bersama keluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my