Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 bagi DUN Kerdau

  • Diterbitkan pada 20/07/2026
  • 21 klik

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 bagi DUN Kerdau di Daerah Temerloh telah diadakan, melibatkan sebuah rumah dengan nilai keseluruhan RM82,000.

 

Penerima telah menerima kunci rumah yang disampaikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Penerima menerima sebuah rumah bernilai RM80,000 serta sumbangan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000 sebagai pelengkap keperluan asas kediaman.

 

Semoga penyerahan rumah ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik serta memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada para penerima bersama keluarga tercinta.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my