Kunjungan Hormat LPHP Ke MBSB Bank Berhad

Hubungan strategik antara Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) dan MBSB Bank Berhad terus diperkukuh menerusi satu sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Menara PJ Sentral, Petaling Jaya.
Delegasi LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, manakala pihak MBSB Bank Berhad diketuai oleh Encik Jesleigh Johari, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem pembiayaan dan pembangunan perumahan, sekali gus menyokong usaha memperluaskan akses pemilikan rumah kepada rakyat Negeri Pahang.

Semoga jalinan kerjasama antara LPHP dan MBSB Bank Berhad akan terus diperkasakan demi manfaat rakyat serta pembangunan sektor perumahan yang lebih mampan di Negeri Pahang.