Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi DUN Jenderak di Daerah Temerloh

Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi DUN Jenderak di Daerah Temerloh telah diadakan dengan melibatkan sebanyak empat buah rumah bernilai keseluruhan RM308,000.
Kesemua penerima telah menerima kunci rumah masing-masing yang disampaikan oleh YB. Dato’ Rodzuan Bin Zaaba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Pahang.

Setiap penerima menerima sebuah rumah bernilai RM75,000 serta sumbangan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000 sebagai pelengkap keperluan asas kediaman.
Semoga kediaman yang diserahkan ini dapat membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.