Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) di DUN Triang, Bera menyaksikan lapan penerima menerima kediaman baharu di bawah inisiatif perumahan Kerajaan Negeri Pahang bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Program Solat Tarawih dan Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas di Bandar Dua, Pekan mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kebajikan masyarakat serta usaha memperkukuh kemudahan komuniti setempat.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Perumahan Bil. 01/2026 meneliti cadangan beberapa projek perumahan baharu bagi memperluas akses rumah mampu milik di Negeri Pahang.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Perumahan Bil. 01/2026 meneliti cadangan beberapa projek perumahan baharu bagi memperluas akses Rumah Mampu Milik di Negeri Pahang.
Cadangan Projek Program Residensi Rakyat (PRR) di Paya Genuk, Pekan melibatkan pembangunan 200 unit rumah teres bagi memperluas akses perumahan mampu milik kepada rakyat Pahang.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 di DUN Kerdau menyaksikan dua penerima menerima kediaman baharu di bawah inisiatif perumahan Kerajaan Negeri Pahang demi kesejahteraan rakyat.
LPHP telah melaksanakan beberapa sesi mesyuarat pemantauan dan taklimat bersama pembeli bagi Projek Rumah Makmur Kampung Tiram sebagai langkah menyeluruh menangani isu kelewatan projek, dengan pemantauan rapi dan tindakan pemulihan berterusan bagi melindungi kepentingan pembeli.
LPHP telah mengadakan lawatan tapak dan Mesyuarat JKPPPPST bagi Projek PR1MA Pahang Kampung Lebu, Bentong untuk meneliti status projek sakit serta memperkukuh langkah pemantauan dan pemulihan, dengan tindakan pembaikan diarahkan bagi memastikan pematuhan spesifikasi dan kepentingan pembeli terus terpelihara.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DN Pulau Manis menyaksikan lapan penerima menerima kediaman baharu di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu golongan layak memiliki rumah yang selesa dan selamat.
LPHP telah mengadakan sesi taklimat Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang bersama Bank Rakyat dan peserta terlibat bagi memberi penjelasan mengenai prosedur, pemilihan lot serta komitmen bayaran premium tanah, dengan pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan skim berjalan lancar.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian