Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5, DUN Kerdau, Daerah Temerloh

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 melibatkan dua penerima di DUN Kerdau, Daerah Temerloh dengan nilai keseluruhan rumah RM150,000 termasuk barangan keperluan rumah bernilai RM2,000 bagi setiap rumah.

Pada majlis tersebut Encik Sahrul bin Awang Sahak dari Kampung Pulau Pasir Mandi dan Puan Nor Zaliza binti Bidin dari FELDA Jengka 23 telah menerima kunci kediaman masing-masing di bawah inisiatif Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Semoga kediaman ini membawa sinar baharu dan keharmonian buat para penerima bersama keluarga. LPHP akan terus komited memastikan inisiatif perumahan rakyat dapat dilaksanakan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.