Program Solat Tarawih Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas Di Pekan

  • Diterbitkan pada 25/02/2026
  • 05 klik

YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang telah hadir pada Program Solat Tarawih dan Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas di Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan.

Turut hadir ialah YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama Encik Khairul Hafizi Ramli, Pengerusi JPKK Bandar Dua, Paloh Hinai.

Pada program sama, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin turut meninjau dewan serbaguna yang dibina khusus untuk kemudahan penduduk setempat yang dijangka dapat memberi manfaat besar kepada komuniti sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan.

Program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kebajikan masyarakat setempat serta komitmen berterusan dalam memastikan kemudahan awam berada pada tahap terbaik untuk kegunaan rakyat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my