Lawatan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) Ke Tapak Projek Perumahan PR1MA Sungai Soi, Kuantan

  • Diterbitkan pada 28/02/2026
  • 04 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Soi, Kuantan bagi meninjau status perkembangan semasa projek berkenaan.

 

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LPHP untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan serta memastikan setiap projek perumahan yang dibangunkan sentiasa dipantau secara rapi dan berperingkat.

Sesi lawatan ini diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama pegawai-pegawai teknikal bagi menilai tahap kemajuan semasa serta menyelaras tindakan susulan yang bersesuaian.

LPHP kekal komited untuk melaksanakan pemantauan berterusan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya demi menjaga kebajikan serta kepentingan para pembeli.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my