Lawatan Tapak Projek Perumahan Makmur Kampung Tiram

  • Diterbitkan pada 27/02/2026
  • 05 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan satu sesi terjahan ke Projek Perumahan Makmur Kampung Tiram bagi meninjau status perkembangan semasa projek berkenaan.

 

Lawatan ini merupakan susulan kepada sesi perjumpaan bersama para pembeli yang telah diadakan pada 9 Februari lalu, sebagai usaha berterusan LPHP untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan serta memastikan perkembangan projek sentiasa dipantau.

Lawatan ini diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama pegawai teknikal bagi menilai kemajuan semasa dan menyelaras tindakan susulan yang bersesuaian.

LPHP kekal komited untuk melaksanakan pemantauan berterusan serta mengambil langkah-langkah sewajarnya demi menjaga kebajikan dan kepentingan para pembeli.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my