Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Lot Program Residensi Rakyat (PRR) Inderapura, Mukim Kuantan

  • Diterbitkan pada 25/02/2026
  • 03 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Lot bagi Program Residensi Rakyat (PRR) Inderapura sebagai usaha berterusan menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat negeri ini.

 

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura serta turut dihadiri YBhg. Puan Norzana binti Mohamed Noordin, Pengurus Undang-Undang LPHP.

Majlis ini menandakan satu langkah penting Kerajaan Negeri Pahang dalam merealisasikan hasrat menyediakan perumahan mampu milik khususnya kepada generasi baharu, sekali gus membuka peluang pemilikan rumah kepada penerima yang terpilih.

 

PRR Inderapura dibangunkan di atas tapak seluas 11.51 ekar dan melibatkan 100 unit rumah teres setingkat. Projek ini telah menerima Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) pada 8 Mac 2021, dengan penambahbaikan kecacatan teknikal dilaksanakan bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum penyerahan.

Penyerahan kunci pada hari ini melibatkan seramai 88 orang penerima, menandakan sebahagian besar unit kini bersedia untuk didiami. Setiap unit ditawarkan pada harga RM45,000 dan dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air serta ruang kediaman yang selesa dan sesuai untuk keperluan keluarga.

LPHP akan terus komited memantau dan memastikan pelaksanaan projek perumahan rakyat dilaksanakan dengan teratur demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Pahang.

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat tawaran PRR Inderapura. Semoga kediaman ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my