Pemantauan Tapak Projek PR1MA Pahang Ibol Jaya, Mukim Pulau Tawar, Daerah Jerantut

  • Diterbitkan pada 26/02/2026
  • 04 klik

Satu lawatan pemantauan tapak telah dijalankan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Ibol Jaya, Mukim Pulau Tawar, Daerah Jerantut.

Lawatan ini bertujuan menilai status semasa pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan. Pemaju yang terlibat turut hadir bersama perunding yang dilantik, termasuk arkitek dan jurutera, bagi memberikan penjelasan berkaitan perkembangan projek di tapak.

Turut hadir ialah YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP yang bersama-sama meninjau keadaan tapak serta membincangkan perkara-perkara berkaitan bagi memastikan kelancaran dan kualiti pelaksanaan projek demi kepentingan bakal pembeli.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my