Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Perumahan Bil.01/2026 Bersama Dato' Sri Nazri Bin Abu Bakar, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

  • Diterbitkan pada 25/02/2026
  • 04 klik

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Perumahan Bil. 01/2026 telah dipengerusikan oleh Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bagi membincangkan dan meneliti beberapa cadangan pembangunan perumahan di Negeri Pahang.

Antara perkara yang dibentangkan termasuk cadangan pembangunan PR1MA Pahang dan pembangunan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 18.178 hektar (44.919 ekar) di Inderapura, Mukim Penor, Daerah Kuantan.

 

Selain itu, turut dibentangkan cadangan pembangunan PR1MA Pahang di Mukim Tanah Rata, Daerah Cameron Highlands yang merangkumi dua blok rumah pangsa lapan tingkat berjumlah 196 unit serta 75 unit rumah teres dua tingkat berhampiran Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.

Mesyuarat ini juga meneliti cadangan pembangunan Perumahan Pangsapuri Pahangku di atas tanah kerajaan seluas 6.32 ekar di Mukim Bentong, Daerah Bentong sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan penyediaan perumahan berkualiti dan mampu milik kepada rakyat.

Turut hadir YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) serta ahli-ahli jawatankuasa berkaitan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my