Pembentangan Berkaitan PRR Paya Genuk Bersama Dato' Sri Nazri Bin Abu Bakar, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Satu sesi pembentangan berkaitan cadangan Projek Program Residensi Rakyat (PRR) di Paya Genuk, Mukim Langgar, Daerah Pekan telah dipengerusikan oleh Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Turut hadir YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) dan agensi-agensi terlibat.

Cadangan projek ini melibatkan pembangunan sebanyak 200 unit rumah teres satu tingkat di atas tapak berkeluasan kira-kira 30 ekar yang terletak di Paya Genuk di Daerah Pekan.
Lokasi cadangan dikenalpasti sebagai strategik dan berdaya huni kerana berhampiran kemudahan pendidikan, hospital, utiliti asas serta kemudahan awam lain.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperluaskan akses kepada perumahan yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat.