Majlis Penyerahan RRP DUN Triang, Daerah Bera

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi DUN Triang, Daerah Bera yang melibatkan lapan penerima.
Daripada jumlah tersebut, dua unit rumah diserahkan di Paya Tateh manakala enam unit rumah di Bukit Mendi.

Setiap unit rumah bernilai RM75,000, selain diberikan peralatan rumah dan barangan elektrik berjumlah RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi DUN Triang sebanyak RM616,000.
Majlis penyerahan ini telah disampaikan oleh YB Puan Leong Yu Man, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang.

Semoga kediaman yang diserahkan ini membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih selesa dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.
LPHP akan terus komited dalam memastikan pelaksanaan inisiatif perumahan rakyat dapat direalisasikan secara berterusan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.