LPHP menganjurkan Majlis Cabutan Undi dan Pemilihan Lot Rumah PR1MA Pahang Kampung Padang 2.0 di BCIC Lodge, Indera Mahkota, bagi mengisi 26 kekosongan unit rumah yang masih tersedia.
YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin mengadakan lawatan ke tapak projek Rumah Makmur Kampung Tiram, Kuantan bagi menilai kemajuan pembinaan. Projek melibatkan 635 unit rumah dalam tiga fasa. LPHP akan terus pantau rapat kerana kemajuan projek masih belum memuaskan.
KSK LPHP mengagihkan daging korban kepada 101 penerima di PAKR Sungai Pandan, Kuantan. Program bersama KESKEP JKPTG ini bertujuan menyantuni komuniti dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.
Langkah penting dalam pengurusan perumahan awam telah tercatat dengan sesi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perjanjian ini menyaksikan pemindahan pengurusan projek Program Residensi Rakyat (PRR) di Pahang kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).
Majlis Pelancaran Rumah Contoh Setingkat Pandan Perdana dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin. Projek ini, selaras dengan Pelan Pembangunan Pahang 2025, menekankan pembangunan lestari dan teknologi hijau, sambil menyokong pertumbuhan ekonomi setempat.
Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian