Perkongsian Maklumat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bersama Warga LPHP

  • Diterbitkan pada 11/06/2026
  • 16 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan sesi perkongsian maklumat bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlangsung di Kompleks Teruntum, Kuantan.

 

Sesi tersebut telah disampaikan oleh Encik Zainal Abidin bin Mohamad, Relationship Advisor KWSP, yang berkongsi maklumat mengenai peranan dan fungsi KWSP, kemudahan yang disediakan kepada ahli serta kepentingan perancangan kewangan dan simpanan persaraan bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan.

Selaras dengan fungsi LPHP, sesi perkongsian ini turut memberi pendedahan berkaitan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bagi tujuan perumahan termasuk pembelian rumah, pengurangan baki pinjaman perumahan dan pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat dalam usaha memiliki kediaman sendiri.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my