Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menyertai Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera yang berlangsung di Dewan Orang Ramai, FELDA Triang 1, Bera.
Program dimulakan dengan sesi flag off bagi Aktiviti Ziarah Makmur oleh Dato' Sri Haji Nazri bin Abu Bakar, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang.

YH. Dato' Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP turut menyantuni serta menyampaikan bakul makanan kepada 12 penerima yang memerlukan di sekitar daerah Bera sebagai tanda keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kebajikan rakyat.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi town hall yang menjadi platform interaksi secara langsung antara kerajaan dan rakyat bagi membolehkan masyarakat mengemukakan pandangan, aduan serta cadangan berkaitan isu setempat, di samping mendapatkan penjelasan dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama.