Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang (JKPNP) Bil. 01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang (JKPNP) Bil. 01/2026 dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan serta menyelaras hal-hal berkaitan agenda perumahan negeri dan pelaksanaan inisiatif berkaitan demi memastikan perancangan yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.