Mesyuarat Penyelarasan Bagi Cadangan Pembangunan PR1MA Pahang Dan Pembangunan Bercampur

  • Diterbitkan pada 21/04/2026
  • 05 klik

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan PR1MA Pahang dan Pembangunan Bercampur. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan awal projek merangkumi hala tuju pembangunan, kesesuaian skim perumahan negeri serta potensi pembangunan yang mampan dan berdaya maju selari dengan keperluan perumahan rakyat di Negeri Pahang.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), bersama pegawai LPHP serta wakil agensi dan pasukan teknikal yang berkaitan.

Perbincangan turut menumpukan kepada aspek teknikal, penyelarasan antara agensi, perancangan infrastruktur asas serta pelaksanaan skim perumahan negeri bagi memastikan cadangan pembangunan ini dapat dilaksanakan secara teratur, bersepadu dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my