Penyerahan SST Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 DUN Kerdau

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 DUN Kerdau Tahun 2026 berlangsung dengan lancar melibatkan projek pembinaan di beberapa kawasan.
Penyerahan SST tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

Pelaksanaan projek ini melibatkan beberapa lokasi termasuk PR1MA Bukit Lada, Kampung Kerai, Kuala Tekal serta Felda Jengka dalam usaha menyediakan akses perumahan yang lebih teratur dan selesa kepada rakyat yang layak.
Inisiatif Rumah Rakyat Pahang (RRP) di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) terus dilaksanakan sebagai antara usaha menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyat negeri ini.
Majlis turut dihadiri wakil agensi dan pihak berkaitan dalam memastikan pelaksanaan program perumahan rakyat dapat diteruskan dengan baik demi manfaat masyarakat setempat.