Kursus Tatacara Penyediaan Dokumen Bagi Perolehan Tender Secara Reka Dan Bina

  • Diterbitkan pada 02/07/2026
  • 18 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Kursus Tatacara Penyediaan Dokumen bagi Perolehan Tender Secara Reka dan Bina bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bilik Lounge, Tingkat 8, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga kerja mengenai tatacara penyediaan dokumen tender secara reka dan bina, termasuk aspek pengurusan kontrak, insurans, bon pelaksanaan serta pematuhan terhadap prosedur dan peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat memperkukuh kompetensi warga kerja dalam melaksanakan urusan perolehan secara lebih cekap, telus dan berintegriti.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my