Taklimat Kelakuan Dan Tatatertib Pegawai Awam Negeri Pahang

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri (Kelakuan dan Tatatertib) Pahang 2015 bersama YH Dato’ Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang.

Sesi yang telah berlangsung di Bilik Lounge, Tingkat 8, Menara Teruntum ini memberi penerangan berkaitan peraturan, kelakuan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam serta tanggungjawab pegawai dalam mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Taklimat ini diharap dapat meningkatkan kefahaman warga LPHP serta menjadi panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme.