Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Managment - CRM)

  • Diterbitkan pada 01/07/2026
  • 14 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management - CRM) yang disertai oleh warga kerja LPHP bertempat di Bilik Lounge, Tingkat 8, Menara Teruntum, Kuantan.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh amalan tadbir urus yang baik menerusi CRM, iaitu satu pendekatan sistematik untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko rasuah dalam organisasi. Inisiatif ini turut memperkasakan budaya integriti, meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kawalan dalaman bagi mengurangkan risiko penyelewengan dan salah guna kuasa.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin ke arah pembentukan persekitaran kerja yang lebih telus, berakauntabiliti dan berintegriti, selaras dengan komitmen LPHP dalam membudayakan tadbir urus yang cemerlang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my