Taklimat Pengunaan Sistem ePerumahan Bagi Pembangunan Di Bawah Skim Perumahan Negeri Pahang

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Taklimat Penggunaan Sistem ePerumahan bagi pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang bertempat di Bilik Lounge, Tingkat 8, Menara Teruntum, Kuantan.

Taklimat yang disertai oleh wakil pemaju ini bertujuan memberi penerangan mengenai penggunaan Sistem ePerumahan bagi melancarkan proses pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang serta memastikan pelaksanaan projek dapat dijalankan secara lebih sistematik, cekap dan selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

Sesi ini turut merangkumi pembentangan oleh Pahang Go Sdn. Bhd. serta sesi soal jawab bagi memberi kefahaman yang lebih menyeluruh kepada semua yang terlibat.