Penyerahan Surat Tawaran Dan Taklimat Projek Rumah Mesra Pahang (RMP)

  • Diterbitkan pada 06/07/2026
  • 20 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Taklimat Projek Rumah Mesra Pahang (RMP) kepada lima orang penerima.

 

Majlis ini bukan sekadar penyerahan surat tawaran, malah turut memberikan penerangan berhubung proses selepas penerimaan surat tawaran, termasuk tatacara permohonan pembiayaan, pelaksanaan pembinaan, kaedah pembayaran serta proses penyerahan rumah.

Projek RMP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah untuk memiliki kediaman yang selesa, selamat dan mampu milik. 

Rumah setingkat yang ditawarkan dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air pada harga RM75,000, dengan subsidi Kerajaan Negeri Pahang sebanyak RM15,000 bagi setiap unit, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Pahang dalam merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri, selaras dengan aspirasi Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my