Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 02/2026

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) Bil. 02/2026 yang berlangsung hari ini di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang diadakan secara hibrid ini telah disertai oleh Ahli-Ahli Lembaga LPHP bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan tadbir urus organisasi, pembangunan perumahan serta pengurusan hartanah di Negeri Pahang.
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga LPHP, YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP serta pegawai-pegawai LPHP.

LPHP akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar dan inisiatif perumahan Negeri Pahang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.