Majlis Pelancaran Pelan Strategik MBK 2026-2030

  • Diterbitkan pada 09/07/2026
  • 16 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan tempatan dengan menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Strategik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 2026–2030, Portal GIS dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Pelancaran Pelan Strategik MBK 2026–2030 menjadi hala tuju pembangunan MBK bagi tempoh lima tahun akan datang dengan memberi penekanan kepada aspek tadbir urus yang cekap, pembangunan bandar yang mampan serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti. Pada masa yang sama, Portal GIS yang dilancarkan akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi geospatial yang lebih cekap, sistematik dan bersepadu.

LPHP menyambut baik pelaksanaan pelan strategik ini yang dijangka memperkukuh tadbir urus bandar, memacu pembangunan mampan serta menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my