Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Sempena Jelajah Aspirasin Pahang 1st Dun Padang Tengku

  • Diterbitkan pada 16/07/2026
  • 15 klik

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menyerahkan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada 25 penerima bagi DUN Padang Tengku, Cheka dan Benta di Kompleks Teratai, Padang Tengku, Lipis.

 

Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu rakyat memiliki kediaman percuma yang selesa dan berkualiti, sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.

Dalam program sama, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk setempat menerusi sesi Santai Minum Petang sempena Jelajah Aspirasi Pahang 1st DUN Padang Tengku.

Turut hadir, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang serta YH Dato' Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my