Majlis Penyerahan Projek Siap Program Perumahan Rakyat (PRR) Inderapura, Kuantan

  • Diterbitkan pada 07/07/2026
  • 16 klik

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Inderapura, Kuantan telah diadakan di Bilik Media, Aras 1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya. Majlis ini melibatkan penyerahan projek siap kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja berkaitan bagi 100 unit PPR Inderapura. 

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Zulkeflee bin Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, KPKT.

 

Dalam majlis tersebut, dokumen penyerahan projek telah diserahkan daripada KPKT kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN), sebelum diserahkan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Projek yang kini dikenali sebagai Program Residensi Rakyat (PRR) ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk yang layak melalui penyediaan persekitaran kediaman yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my